//Cerita Si Keding :)

THE LADY BOSS
Here is me !

Status : Kemalasan nak on telefon -.-

Home About Linkies Stuff


Hello Friends . Thanks for visit my blog. My name is Ain Khaleeda , I'm 18 years old . Flying to my dream ! - Just Be Yourself Babeyh ! -


ChatBox
Footprints here :)





Social Sites
Press !





Credits


History

  • Chantek Dress Special Anniversary Giveaway !
  • 13 Hari lagi ! !
  • No Title .
  • Dah Malas .
  • Yuhuu ! :D
  • Dream :)
  • Lambat :D
  • senyum :)
  • Sakit !
  • Kenape !

  • Petua :)
    Hari ini rasa nak kongsi petua- petua yang ada . Ain copy dari majalah Banyak sangat kot petua tradisional lah moden , tak terkira lah . Ada sesetengah tuu menjadi ada yang tak . Atas nasib jugak lah kan Tapi kita tak boleh lah 100% percaya pada petua ni , sebab nanti dikategorikan sebagai khurafat Itu amat ditegah oleh Islam . hoho !

     MELEBATKAN BULU KENING .
    • Ambil isi kelapa tua sebesar dua jari . Lepas tu bakar dekat api yang sederhana smapi menjadi hitam . Kemudian , angkat dan biarkan sejuk dan sapu di kening anda . Jika rajin mengamalnya pasti kening akan menjadi lebat dan menawan .
     MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH
    • Ambil sebiji pinang dan bakar sampai hangus . Kemudian tumbuk samapi ianya menjadi serbuk . Simpan di dalam bekas kedap udara . Letakkan sedikit garam dan gosok-gosokkan pada gigi dengan menggunakan jari .Lakukan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur .
     HILANGKAN SAKIT TEKAK 
    •  Berkumur dengan air garam dua kali sehari . Pasti tekak akan merasa lega .Cuma perlu 3 camca garam dan dibancuh dengan air sejuk .
     ATASI MULUT BERBAU
    • Cara untuk mengelakkan mulut berbau ialah dengan hanya mengunyah hirisan timun atau cengkih . In Sha Allah bau kurang enak akan hilang .
     HILANGKAN SAKIT PERUT 
    •  Ambil sedikit kulit pokok beka . Cuci sehingga bersih kemudian rebus selam 10 minit . Minum air rebusan itu sekerap yang boleh .
     MENGURANGKAN DENGKUR SEMASA TIDUR 
    •  Tumbuk lumat tujuh biji badam . Campurkan kedalam segelas susu panas . Minum susu tersebut beberapa minit sebelum tidur .
     KEMBALI AWET MUDA 
    • Amalkan mengunyah sedikit kulit kayu manis sehingga lembut dan kemudian telan . Seelok-eloknya amalkan dua kali sehari . Ia baik untuk kesihatan dalaman wanita .
      MERAWAT GATAL KULIT KEPALA 
    • Caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air , hancurkan daun rambutan .  Kemudian perah dua biji limau nipis serta kacau sehingga sebati . Selepas itu , tapis air tadi sapu rata-rata pada kulit kepala . Amalkan dua kali seminggu .
     HILANGKAN SAKIT GIGI
    • Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus . Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah atau ditumbuk daun serai sehingga hancur . Masukkan ke dalam air hangat dan tanbah sedikit garam . Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur . 
     KURANGKAN PELUH
    • Pertama sekali , basuh muka dengan bersih dan kemudian lap sehingga kering . Setelah itu ambil ketulan ais dan sapu pada keseluruhan muka . Tidak perlu lap , biarkan ia kering dengan sendiri .  
      RAMBUT HITAM DAN BERKILAT 
    • Mengeringkan arang untuk beberapa hari . Setelah itu barulah tumbuk arang sehingga lumat . Apabila selesai , campurkan sedikit minyak kelapa . Gaul sehingga sebati dan seterusnya  lumurkan pada rambut serta cuci dengan bersih . Lakukan sekerap yang mungkin .
     SEGARKAN MATA 
    • Ambil beberapa helai daun sirih muda dan basuh dengan bersih . Ramas sehingga lumat dan didihkan untuk seketika . Selepas itu , tapis airnya dan dibiarkan suam . Seterusnyan  , rendamkan mata ke dalam air tapisan sirih itu dan kelipkan beberapa kali . Petua ini boleh diamalkan mengikut keperluan .
     LICINKAN KULIT
    •  Parut sebiji epal atau tomato yang cukup masak . Kenudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher . Lakukan berulang-ulang kali .
    HILANGKAN JERAWAT DAN JERAGAT
    •  Cuci muka sehingga bersih dan sediakan asam jawa , tepung beras dan serbuk kunyit . Bancuh ketiga-ketiga dengan sedikit air dan selepas itu sapu pada wajah . Jadikan ia masker dan biarkan sehingga kering . Amalkan tiga kali seminggu .
                                                                                                                                                                      

    \


    Terima Kasih Sudi Membaca Entry Saya :D